![]() |
||||||||
|
Sunday, August 28, 2005
di sebalik bendang abah aku Cerita Di Sebalik Tanah Sawah Ayah Aku
kawasan telaga arwah pakmud yang juga bersebelahan dengan telaga abah aku Dulu-dulu sebelum abah aku mengusahakan perniagaan nasi lemak kat warong di pekan Titi Serong, abah aku ada memiliki tanah bendang yang dimiliki bersama paknjang dan makcik aku, kalau melihat bendang abah aku, memang banyak memori dan nostalgia yang pernah aku rasakan semasa zaman aku kanak-kanak dulu di bendang ini, masa tu aku ingat lagi masa umur aku 5 tahun dan semasa aku di pra sekolahpun aku dah memang terlibat dan merasa turun ke bendang abah aku bersama-sama abang, emak dan abah aku mengusahakan tanaman padi, tapi kerja masa aku kecik-kecik dulu yang terdaya aku buat ialah menarik rumpai mati yang telah di tebas oleh abah aku, masa tu mada ade lagi mesin kobuta yang digunakan pada masa kini untuk membajak tanah bendang, cerita pasal menebas ni, aku teringat kemahiran abah aku dalam bab menebas rumpai ni, abah kadang-kadang bukan sahaja menebas rumpai kadang-kadang secara tak sengaja, abah ada juga tertetak ikan haruan sebesar lengan di dalam bendang kami. Itulah rezeki anak petani, memang dulu best sebab dapat makan ikan-ikan ¡°darat¡± seperti ikan keli, haruan dan puyu dengan mudah dan segar-segar. Satu lagi aktiviti menangkap ikan yang boleh di lakukan di bendang abah aku ialah menangguk ikan, menangguk menggunakan penapis yang dierbuat daripada buluh adalah tidak semudah yang disangka, memang seronok jika dapat menangguk anak ikan sepat dan juga anak ikan puyu, selain dari menangguk cara lain untuk kami mendapatkan ikan darat di kawasan bendang aku ialah dengan cara menimba, di kampung aku kepulauan daratan di tengah-tengah bendang dan di dalam kepulauan tersebut ada memiliki sebuah atau dua buah kolam dikenali sebagai telaga tujuan ianya di buat pada masa itu adalah untuk mengalirkan air sawah yang berlebihan dari membanjiri dan menenggelamkan pokok padi, disebalik pembuatan telaga ini, manfaat yang boleh diperolehi adalah ianya menjadi tempat pembiakan ikan-ikan darat, bila tiba musim menuai, pesta menimba akan di adakan, memang aku masa tu tak kira selut atau lumpur, yang aku tau aku kutip banyak-banyak ikan tolong abah aku kumpul untuk dijual, lumayan tak lumayan penjualan ikan bila tiap kali musim menimba tiba ialah abah aku pernah membelikan satu basikal baru untuk abang aku hasil dari penjualan ikan pada satu musim menimba, basikal mini warna biru. Beberapa tahun selepas abah aku memulakan perniagaan di warong nasi lemak sepenuh masa (tahun 1991), tanah abah aku yang pernah diusahakan dulu terbiar seketika untuk beberapa tahun sehinggalah akhirnya abah aku menyewakan tanah bendang tersebut untuk diusahakan semula. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, tanah bendang abah aku masih lagi disewa dan di usahakan untuk penanaman padi. gambar telaga abah aku
kawasan permandangan bendang abah kawasan parit berhampiran bendang abah aku di mana aku pernah terjatuh dan hampir lemas di dalam parit ini.
|
in my Profile
Fysal scorpio Just ordinary Paramedic in Langkawi Hospital Married
in my MUSIC in my box in my Enteries in my TIME in my LINKS in my FRIENDS in my COUNTER
for your VOTES in my Mailbox |
|||||||