Entry: cerita di sebalik telaga sakti Sunday, August 28, 2005



Sedikit cerita mengenai telaga ceti (sakti)

Menurut cerita dari abah aku telaga ceti ini diberikan sempena kisah yang berlaku disebalik telaga ini, pemilik asal telaga ini telah mencagarkan tanah bendang ini kepada seorang ceti, dan apabila pemilik asal tersebut tidak mampu untuk menebus semula tanah yang dicagarkannya, Arwah Tokwan iaitu Arwah Hj Abdul Kadir, telah menebus semula tanah bendang ini dari ceti tersebut. Bersempena dengan peristiwa itu abah aku memberitahu aku nama telaga tersebut digelar oleh Arwah Tokwan dengan nama TELAGA CETI. Yang menjadikan kisah telaga ceti adakalanya di sebut juga sebagai telaga sakti adalah kerana kawasan telaga ini berpenunggu atau istilah yang biasa digunakan ialah ˇ°kerasˇ±.  Pernah di kala waktu tengah hari rembang ada orang pernah menjumpai kelibat bayangan hitam yang bermain di kawasan telaga tersebut. Selain itu, pada waktu malam pula, pasti bulu tengkuk akan meremang jika melalui kawasan telaga tersebut. Menurut kisah yang aku dengar dari sepupu aku, cerita seram yang berlaku di telaga tersebut adalah kerana ada orang di kawasan kampung tersebut telah membawa pulang darah orang yang mati akibat kemalangan untuk di puja bagi mendapatkan nombor ekor, sebaik sahaja sampai di kawasan tersebut, darah yang dibawa tiba-tiba menjadi berat dan sampai satu tahap ianya tidak boleh di angkat lagi dan tinggallah darah yang dibawa itu di kawasan berhampiran telaga sakti itu. Sejak peristiwa itulah macam-macam perkara yang menyeramkan berlaku di kawasan telaga tersebut. Tapi disebalik kisah yang menyeramkan tersebut, aku sebenarnya suka sangat ke kawasan telaga tersebut pada musim buah merpelam, pelam siam adalah pelam yang paling lebat berbuah di kawasan telaga tersebut bila tiba musimnya. Rasa pelam siam ni memang sedap dan manis. Itulah nostalgia pada zaman dulu, memang aku tak boleh lupa walau semewah manapun kehidupan aku sekarang berbanding dahulu, kerana pada masa itu kenikmatan hidup sebagai anak kampung adalah nikmat kehidupan yang paling bernilai dalam hidup aku.


 

gambaran anak panah yang menunjukkan kedudukan telaga sakti

 

   2 comments

truanta
June 20, 2007   03:29 AM PDT
 
mak ooi...
kerass???
adeh..da ak ngan membaca kol 3 pagi ni..
meremang gak bulu tengkuk ni bro,,
btw...suka la gambor2 sawah ni...
sarah
September 4, 2007   09:05 PM PDT
 
salam fysal. lama sy x drop comment. bile cite psl tempat2 yg keras ni, sy akn tringat pd kwsan ladang puyuh ayah sy dulu. fuh. pn keras.siap bleh berkwn lg dgn benda2 yg dtg kt situ.almaklum jela.wkt tu sy kecik lg. ingtkn apa.hehe.tp bila dh tau, trus demam seminggu. ni dh besar ni, dh x takut dh. ladang tu pn dh xde lepas banjir besar dulu. agaknye benda2 tu pn hanyut dh kot dibwk banjir.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments