In My World2
kembali mengarang
Patung Hidup
              Sudah 3 bulan zakiah melihat anak patung kecil di stor belakang rumahnya semenjak mereka berpindah ke rumah yang baru mereka sewa itu, hendak di buang terasa saying pula, seolah-olah ada kuasa yang menghalang dari zakiah untuk melakukan perkara demikian.                           Namun akhir-akhir ini, zakiah sering kali termimpi akan anak patung di stor belakang rumahnya, anak patung itu bukan sahaja hidup dengan mampu bergerak dan senyum, malah dia sering berkata-kata dan bersuara seperti menyeru zakiah untuk mengambilnya keluar dari bilik stor... (more)</description>
Ayah..
    Ketika paras platelet ku semakin rendah pada hari ke 3 aku di dalam wad, ketika gusi dan tekakku sudah mula mengeluarkan darah,  ketika itulah aku sempat menelefon ibuku dan memberitahu ibuku bahawa aku rasakan keadaan aku semakin menuju kepada keadaan kritikal, fikiran aku sangat buntu pada ketika itu, namun aku tidak sampai hati untuk memberitahu ayahku pada ketika dan saat itu, apa yang aku fikirkan pada masa itu hanyalah mati..mati..mati......
    namun pada petang itu jugalah, akhirnya ayahku tiba di dalam wad bersama adikku untuk melihat keadaan aku yang teruk terlantar di... (more)</description>
discharge/discaj
 Selepas merasa sakit2 seluruh tubuhku pada hari isnin 11-6, aku ke jabatan kecemasan untuk mengambil ubat dan rawatan di Jabatan kecemasan, selepas melakukan ujian darah dan ujian urin, aku mendapati terdapat jangkitan pada saluran kencingku dan kandungan platelet ku masih lagi dalam keadaan baik walaupun di paras 113. doktor mengarahkan aku mengulangi ujian darah untuk full blood count, untuk menilai semula tahap platelet aku.
 namun pada keesokkan harinya, pada 12-6, sekali lagi aku rasakan sakitku semakin kuat, seluruh sendiku bagaikan di patah-patahkan oleh orang,... (more)</description>
tag bunga la plak
      <description>     Terasa sakit seluruh badan aku sejak semalam, bila dah masuk bertugas dalam shif malam, macam biasalah, penyakit insomnia aku akan terbawa-bawa kepada dua hari selepas aku tamat kerja shif malam, nasib baik undang-undang kerja shif malam ini akan diberikan cuti malam percuma tanpa rekod setiap kali tamat kerja malam, walaupun diberi cuti, namun kesan dari insomnia ini amat sakit aku rasakan, terasa sakit-sakit sendi dan seluruh badan aku rasakan sejak semalam. nasib baiklah ada juga orang boleh menolong memicitkan badan aku yang sakit dan lenguh-lenguh ini.
    Semalam selepas isteriku... (more)</description>
Al Baqarah
                   Dan    (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak    menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat    ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak    menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah    (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan    mensucikanMu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu    tidak mengetahuinya. (surah Al-Baqarah Ayat-30)         Para Malaikat mempersoalkan tentang sejarah... (more)</description>
Ice
    Lagi kisah menarik yang aku nak kongsi di sini dengan pengunjung blog ini, malam tadi, semasa aku bekerja malam, satu kes seorang wanita datang dengan pergelangan tangannya yang hampir putus setelah ditetak oleh menantunya dengan menggunakan sebliah pedang samurai, menantunya itu menjadi hilang kawalan kerana berada di bawah pengaruh dadah methamphetamine.
    Ibu mertuanya terpaksa dimasukkan ke dewan bedah kecemasan untuk menyambung semula tendon dan saraf di pergelangan tangannya yang hampir  90% putus. Kesian aku lihat ibu mertuanya itu, kerana dadah jenis ini,... (more)</description>
Taniah kak ...
 Sebenarnya tanggal 2 Jun yang lalu akak aku dahpun selamat bertunang dengan jejaka pilihannya dari Selangor, rakan Sekampusnya juga semasa sama-sama belajar di UPM dulu. aku pulak baru sekarang dapat melihat suasana kemeriahan majlis pertunangan akak aku ini di fotopages malam ini selepas diberitahu oleh kakakku. Sedih tu memang sedih sebab aku tak berpeluang untuk pulang bercuti ke kampung ku untuk bersama-sama meraikan majlis pertunangan kakakku kerana urusan tugas yang tidak dapat dielakkan. Nampaknya 3 tahun berturut-turut ini ibu dan ayahku akan mendapat menantu bermula dari aku... (more)</description>
Penghargaan
    aku sebenar keliru juga dengan satu peristiwa yang berlaku pada pagi tadi di jabatan aku bertugas, bukannya apa. seorang lelaki, rakyat tempatan datang dengan kenderaan pacuan 4 roda, pada pandangan aku mereka ini bukanlah dari golongan orang yang serba kekurangan darisegi harta benda, 
    baiklah, dipendekkan ceritanya, lelaki ini datang dengan aduan sakit dada dan terjatuh di dalam bilik air, aku segera memberikan fast lane atau keutamaan pertama untuk lelaki ini untuk mendapatkan rawatan, tak sampai beberapa minit aku melihat anak-anaknya membawa lelaki ini keluar sambil mulut... (more)</description>
VIP
                    Dua hari berturut-turut Jabatan aku dikunjungi oleh orang-orang VIP, semalam 2 orang vip dari negara luar mengunjugi jabatan ku bertugas kerana masalah kesihatan. seorang dari US, dan seorang lagi India, aku pula terpaksa bekerja lebih masa untuk menggantikan tempat rakan-rakan aku yang sedang bercuti. sibuk memang tak dapat dibayangkan, hampir 24 jam aku di hospital dan semalaman juga aku tidak pulang tidor di rumahku malam tadi.
    Hari ini pula, seorang lagi orang kenamaan yang datang ke jabatan tempat ku bertugas, kedatangannya ke mari untuk mendapatkan... (more)</description>
3 Nyawa
           Pada petang semalam seluruh wargakerja Hospital Langkawi Amnya dan khusus untuk wargakerja Jabatan Kecemasan bersimpati dan bersedih di atas berita permergian ibu kepada salah seorang warga kerja di jabatan kami iaitu JM Lylyyana.
    Selama beberapa hari Jm Lylyyana terpaksa bercuti dari bertugas kerana sibuk menjaga ibunya di ICU sebelum ini, Petang semalam tepat pada pukul 2.00 petang ibunya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir buat selama-lamanya kerana komplikasi barah. Dari kami warga kerja jabatan kecemasan mengucapkan salam takziah buat Kak Lylyyana dan keluarga... (more)</description>